" />

IBS bantu jimat kos, tempoh pembinaan

KAEDAH Sistem Binaan Berindustri (IBS) bukan saja mampu memberi penjimatan kos kepada pemaju malah ia juga membantu memendekkan tempoh pembinaan.

MGB Berhad, anak syarikat LBS Bina Group Berhad antara syarikat yang berjaya memanfaatkan teknologi ini.

Ia mampu menyiapkan pembangunan sulung bagi projek LBS Alam Perdana dalam tempoh 12 bulan berbanding 18 bulan, enam bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Projek ini merangkumi 673 unit rumah teres dua tingkat yang dibina menggunakan komponen konkrit pratuang IBS.

Pengarah Urusan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, kilang mudah alih IBS MGB berkeluasan 10 ekar itu mampu menghasilkan 2,000 unit hartanah setiap tahun.

“LBS Alam Perdana adalah pembangunan konkrit pratuang IBS yang pertama oleh MGB.

“Kemudahan kilang ini amat signifikan dari segi sumbangannya terhadap kecekapan, produktiviti dan kualitinya yang tinggi. Keadaan ini membolehkan kami untuk menyesuaikan unit blok mengikut keperluan projek di samping menjimatkan masa dan kualitinya yang dijamin.

“Ini sekali gus membawa kepada ketersediaan rumah lebih awal daripada jangkaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melalui IBS, MGB boleh mempercepatkan pembinaan rumah dan menjimatkan sehingga 33 peratus masa pembinaan.

Malah kebergantungan terhadap kos buruh manual dikurangkan sebanyak 31 peratus dan mencapai 49 peratus pengurangan dalam kos buruh di tapak pembinaan.

MGB yakin IBS akan menjadi pemangkin kepada pembinaan yang mampan di Malaysia, selaras dengan mempromosikan pembangunan hijau seperti yang disenaraikan pada Pelan Transformasi Industri Pembinaan (2016-2020).

Menurutnya IBS memainkan peranan penting dalam membantu pemaju dan pembina seperti LBS dalam mencapai matlamat mampan dan membina komuniti yang berkembang maju.

“Walaupun faedah kualiti dan kos IBS yang ketara, masih banyak pemaju belum meneroka sepenuhnya kebaikan terhadap alam sekitar termasuk pengurangan sisa, mempromosikan penggunaan bahan hijau yang cekap, pengurangan bunyi serta meningkatkan keselamatan di tapak pembinaan,’’ katanya.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Harga rumah akan turun?

  KUALA LUMPUR: Oktober 30, 2018 15:40 +08

Harga rumah di negara ini disasar turun antara lima ke 10 peratus berikutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada sektor pembinaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah menyatakan kesediaan menurunkan harga rumah susulan keputusan kerajaan itu. 

Bagaimanapun, pengurangan kadar itu tidak melibatkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana berada dalam kategori harga rumah terkawal.

“Kalau harga rumah terkawal, itu agak sukar. Yang kita sebutkan adalah yang bukan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.

“Ia juga adalah untuk rumah baru dilancarkan, untuk yang sedia ada, kena tunggu hari Jumaat (pembentangan Belanjawan 2019),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. 

Beliau pada masa sama menegaskan kerajaan akan mengenakan SST kepada pemaju yang tidak menurunkan harga meskipun mendapat pengecualian cukai berkenaan.

“Sekiranya tiada penurunan untuk harga rumah yang belum dibina, yang belum dikenakan SST, kita mungkin akan kenakan balik.

“Untuk rumah yang telah dibina, itu lain kira. Ini untuk rumah baru yang kita tak kenakan SST, kita nak lihat ada penurunan harga. Kalau tak, kita kenakan balik SST enam peratus,” ujarnya.

sumber asal: http://www.astroawani.com

Facebook
Twitter
LinkedIn

Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST

KUALA LUMPUR: Oktober 30, 2018 06:02 +08

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menjangkakan sedikit penjimatan dalam kos pembangunan susulan langkah kerajaan mengecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan asas dan perkhidmatan pembangunan bagi mengurangkan harga rumah.

“Kami menjangka penjimatan antara 2.5 hingga 5.0 peratus, bergantung kepada jenis pembangunan.

“Namun ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dipersetujui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan,” kata Presidennya Datuk Ir Soam Heng Choon dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, selain diskaun dan rebat lain yang ditawarkan kebanyakan pemaju berikutan pasaran yang lemah bagi pelancaran baharu, pembeli rumah berharap mendapat sekurang-kurangnya harga lima peratus lebih rendah bergantung kepada lokasi dan jenis produk.

 

Dalam satu kenyataan berasingan portal hartanah dalam talian, PropertyGuru Malaysia mencadangkan lebih banyak organisasi meningkatkan dan memperkasakan rakyat Malaysia menerusi kemudahan semakan kredit yang lebih mudah untuk menilai nisbah khidmat hutang (DSR) dan Jumlah Gadaian Yang Layak.

Ia berkata semakan tersebut seharusnya diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

PropertyGuru turut mencadangkan agar kerajaan membuka lebih banyak tanah rizabnya untuk pembangunan yang mana kesemua jualan tanah dibuat menerusi tender terbuka, dan mencontohi amalan terbaik berkaitan ambang yang lebih rendah bagi jualan en-blok dan menggalakkan pembangunan semula bangunan lama dan aset-aset bagi rumah mampu milik.

“Kadar faedah bagi pinjaman perumahan juga perlu disemak semula. Kami menyarankan pengurangan 0.5 hingga 1.0 peratus daripada kadar faedah untuk pemilik rumah kali pertama dengan julat harga tertentu serta pengurangan kos pendahuluan meliputi yuran guaman dan duti setem,” kata portal hartanah itu.

Sementara itu, PropertyGuru menggesa organisasi dan syarikat senaraian awam memperkenalkan skim perkongsian keuntungan dan menyediakan insentif seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan wang pendahuluan untuk membantu pekerja memiliki rumah.

Ia turut mencadangkan rumah dibina sebagai rumah separa binaan yang membolehkan fleksibiliti dalam menyesuaikan penggunaan ruang dan susun atur selain menyumbang kepada kos pembinaan yang lebih rendah serta menjimatkan.

— BERNAMA

sumber dari :http://www.astroawani.com

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kerajaan bincang dengan pemaju hartanah selesaikan perumahan tidak terjual

KUALA LUMPUR: September 29, 2018 04:50 +08

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berbincang dengan pemaju hartanah untuk menyelesaikan hartanah kediaman yang tidak terjual bernilai lebih RM22 bilion, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, kementerian akan menumpukan hartanah berharga di bawah RM500,000 terlebih dahulu untuk membantu pembeli rumah dan pemaju.

“Sekiranya kita, bersama pemaju, dapat menentukan tawaran terbaik pada harga serta lokasi yang baik, ia boleh ditawarkan kepada B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) dan M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan),” katanya kepada pemberita pada Pameran Hartanah Sekunder dan Primer Malaysia 2018 di sini, pada Jumaat.

Beliau mahu pemaju hartanah dengan hartanah berharga RM500,000 ke bawah menghubungi kementerian itu dan mendapatkan bantuan supaya projek mereka disenaraikan dalam sasaran satu juta kediaman mampu milik oleh kerajaan.

Zuraida berkata, kerajaan telah menyiapkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara 2.0 dan ia dijangka diumumkan pada akhir Oktober ini.

“Kita perlu mendapatkan beberapa ulasan dan maklum balas daripada pelbagai kementerian terlibat supaya apabila kabinet meluluskannya, ia akan dilancarkan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata, selain itu KPKT sedang memperkemaskan kesemua agensi di bawahnya.

“Setakat ini, agensi ini berada di bawah KPKT, Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Perbadanan PR1MA Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan UDA Holdings Bhd.

“Kami berharap dapat menyelesaikan proses itu dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan akan dikaji semula sekiranya harga rumah tidak dikurangkan, Zuraida berkata harga rumah sepatutnya menjadi lebih rendah memandangkan tiada SST dikenakan.

“Sekiranya harga masih mahal, jangan beli hartanah mereka,” katanya.

— BERNAMA

sumber dari : http://www.astroawani.com

 

Facebook
Twitter
LinkedIn

Broker hartanah haram bakal berdepan tindakan tegas - Zuraida

KUALA LUMPUR:Oktober 21, 2018 22:59 MYT

Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ia berikutan semakin ramai broker hartanah yang tidak berdaftar, terutamanya dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Jelasnya, situasi itu menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penipuan terhadap pembeli dan penjual dalam sektor perumahan.

“Saya agak kesal kerana sehingga kini tidak ada satu tangkapan pernah dibuat dan ini menjadi satu isu penguatkuasaan dalam sektor perumahan.

“Maka kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak akan segera menguatkuasakan undang-undang di bawah peruntukan Akta di bawah Subseksyen 30A untuk mengambil tindakan tegas terhadap broker-broker haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan MIEA dan Penyampaian Anugerah Hartanah Kebangsaan 2018 anjuran MIEA di sini, hari ini.

Teks beliau dibacakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.

Turut hadir, Presiden MIEA, Eric Lim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lim Boon Ping.

Menurutnya Zuraida, penyampaian sebanyak 17 kategori anugerah pada majlis berkenaan merupakan pencapaian penting kepada setiap ejen hartanah dan jururunding hartanah.

Terdahulu, jelasnya, 60 peratus atau sebanyak RM90 bilion daripada RM139 bilion nilai transaksi di negara ini pada tahun lalu adalah daripada ejen-ejen hartanah.

“Ini jelas menunjukkan industri hartanah ini mampu memberikan sumbangan yang besar bagi menjana pendapatan negara.

“Kini kita mempunyai seramai 20,000 jururunding hartanah, 1,375 buah firma hartanah dengan seramai 1,964 ejen hartanah yang berdaftar,” katanya.

Eric sebelum ini dilaporkan berkata pasaran hartanah Malaysia diunjur bertambah baik dan beransur pulih menjelang 2020 didorong pertumbuhan keyakinan di bawah kerajaan baharu.

Jelasnya, pelaksanaan dasar-dasar baharu oleh kerajaan akan meningkatkan lagi sentimen pembelian dalam pasaran hartanah.

sumber dari : http://www.astroawani.com

 

Facebook
Twitter
LinkedIn

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik