" />

HAKMILIK TANAH

JENIS-JENIS HAKMILIK TANAH

WhatsApp Image 2017-11-08 at 3.09.40 PM

Apakah Itu Hakmilik?

Hakmilik Ialah Hasil Terakhir Kepada Pemberimilikan Atau Pindahmilik. Ia Menjadi Bahan Bukti Keempuyaan Tanah. Pada Asanya Hakmilik Mengandungi Dua Maklumat Iaitu Siapa Tuan Punya Dan Dimana Tanah Ia Miliki. Disamping Itu Juga Terdapat Maklumat Lain Yang Terkandung Didalamnya Untuk Tujuan Tertentu Misalnya Jumlah Cukai Tahunan, Syarat-Syarat Dan Sekatan-Sekatan Yang Dikenakan Bertujuan Untuk Mengingatkan Tuan Punya Tentang Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan.

Tidak Semua Syarat Dan Sekatan Yang Dikenakan Tercatat Dalam Hakmilik Kerana Ada Juga Syarat Dan Sekatan Yang Termaktub Dalam Undang-Undang Sahaja. Sebarang Urusan Yang Berkaitan Dengan Pindahmilik, Pajakan, Gadaian, Isemen Dan Turunmilik Atas Sebab Kematian Dimasukan Untuk Menunjukkan Siapa Tuan Punya Dan Pihak-Pihak Berkepentingan Pada Masa Itu. Selain Itu, Kaveat, Perintah Larangan, Nota Perampasan, Pengambilan Tanah Secara Paksa Atau Maklumat Lain Dianggap Perlu Dimasukkan Untuk Menjadi Makluman Kepada Pihak-Pihak Yang Hendak Berurusan Dengan Tanah Tentang Bebanan Yang Ada Dan Perkara Lain Berhubung Hakmilik Tersebut.

Dalam Pendaftaran Tanah, Sesuatu Tanah Dikenal Pasti Melalui Satu Rujukan Ukur (Misalnya Nombor Lot, Mukim, Daerah). Sebelum Hakmilik Tetap Didaftarkan Tanah Itu Diukur Dan Tanda-Tanda Sempadan Ditanam Di Atasnya. Pelan Tanah Disediakan Dan Diperakukan Oleh Pengarah Ukur Negeri. Pelan Tanah Yang Telah Diakui Itu Kemudian Dipindahkan Ke Borang Hakmilik Tetap. Sementara Menunggu Hakmilik Tetap Dikeluarkan Maka Hakmiliksementara Disediakan.

Oleh Itu Terdapat Dua Jenis Hakmilik Iaitu Hakmilik Tetap Dan Hakmilik Sementara.

Hakmilik Pejabat Pendaftar Dan Hakmilik Pejabat Tanah
Hakmilik Tetap Dan Hakmilik Sementara Boleh Terdiri Dari Hakmilik Pejabat Pendaftar Atau Hakmilik Pejabat Tanah. Hakmilik Pejabat Pendaftar Didaftarkan Oleh Pendaftar Hakmilik Di Pejabat Pendaftar (Satu Disetiap Negeri – Ibu Negeri) Dan Hakmilik Pejabat Tanah Didaftarkan Oleh Pentadbir Tanah Bagi Satu-Satu Daerah (Satu Di Setiap Daerah Atau Daerah Kecil).

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik