" />

PECAH SEMPADAN TANAH

MAKNA PECAH SEMPADAN

  1. pecah sempadan tanah bermaksud bahawa tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap di pecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama                Sek.135(1)
 
KUASA MELULUS
 

Jika tiada apa-apa arahan bertentangan,kuasa untuk meluluskan pecah sempadan iaitu pengarah tanah dan galian bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik pejabat pendaftar, dan pentadbir tanah bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik pejabat tanah.

PERMOHONAN PECAH SEMPADAN

Permohonan pecah sempadan tanah hendaklah menggunakan borang 9A dan disertakan dengan perkara-perkara berikut

a) bayaran ( seperti yang ditetapkan dlam kaedah tanah negeri)

b) pelan pra hitungan yang menunjukan detail megenai pecah sempadan itu dan salinan pelan mengikut bilangan seperti yang diperlukan oleh pentadbir tanah

c) Surat kebenaran dari badan-badan tetentu( pihak berkuasa perancangan atau badan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri)

d) surat kebenaran dari orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut       sek.137(1)(a)-d

Apabila permohonan diterima PT hendaklah mencatat atau menyebabkan dicatt di dalam dokumen hakmilik daftar

SYARAT-SYARAT PECAH SEMPADAN

pecah sempadan tanah hanya boleh diluluskan jika memenuhi syarat-syarat berikut.

a) tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan di mana tanah itu tertakluk.

b) tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang pada masa itu berkuatkuasa.

c) mendapat kelulusan dari pihak berkuasa perancang

d) mendapat persetujuan daripada badan/pihak berkuasa tertentu.

e) tiada hasil hutang

f) persetujuan daripada orang/banda yang mempunyai kepentingan tertentu ke atas tanh itu

g) memenuhi keperluasan keluasan minima bahagian yang hendak dipecah sempadan.

h) bentuk bahagian yang hendak dipecahkan itu bersesuaian dengan tujuan ianya dipecahkan.

i) memberi keperluan jalan keluar masuk untuk bahagian yang dipecah sempadan.

PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT SERENTAK

MAKSUD PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT SERENTAK

ianya bermaksud membuat permohonan pecah sempadan bersekali dengan permohonan ubah syarat.Permohonan ini hendaklah terpakai sekiranya tidak bercanggah dengan peruntukan 124A

Contoh : Sekiranya tanah berkenaan itu adalah tanah jenis pertanian dan bahagian yang dipecah sempadan itu adalah untuk tujuan lain ( selain daripada pertanian) syarat di bawah seksyen 136(1)(f) mengenai keluasan tidak kurang 2/5 Ha.tidak akan terpakai

CARA MEMOHON

Permohonan memecah sempadan dan menukar syarat serentak hendaklah menggunakan borang 7D dan disertakan dengan dengan perkara-perkara berikut

a) bayaran (seperti ditetapkan di dalam kaedah tanah negeri)

b) pelan pra-hitungan yang menunjukan detail megenai pecah sempadan itu dan salinan pelan mengikut bilangan seperti yang diperlukan oleh pentadbir tanah

c) Surat kebenaran daripada orang yang mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik